//Forever Imperfect
Fate (1)

Wednesday, October 22, 2014 @ 8:41 AM | 0 Comment [s]


Hana pov

Sedih, sedih duduk dekat rumah anak yatim. Bila keluar pergi taman nampak banyak keluarga yang bahagia. Kenapa, kenapa mesti aku yang kena. Aku teringin nak jumpa mak ayah aku. Dorang dekat mana, dorang benci aku sangat ke sampai buang aku ke anak yatim ni. Mak ayah.....adik tak suka duduk sini, seksa. Asyik kena buli je, kena buat itu ini. Mak ayah ada mana, kenapa tak cari adik, bawak balik adik. Dah lama adik tunggu....tapi....takda siapa pun jemput adik...tak tidur seharia aku harini. Asyik fikir pasal mak ayah kandung aku je, haih. Pejam jelit dah pukul 4. Aku bangun terus mandi dan pakai baju sekolah. Aku selalu datang sekolah awal, pukul 5 dah ada depan sekolah. Sebab aku tak suka duduk rumah anak yatim tu. Aku bawak keluar buku aku suka baca, tajuk nya Discovery Of Love. Menarik ceritanya, dah 3 kali aku baca. Akhirnya perempuan tu kena dumped. Kesian ada jugak, tapi tulah balasan dia....ending dia agak sedih. Tapi aku tahu, mesti ada happy ending disebalik nya. Aku baca buku tu, tetiba ada seorang lelaki ni dia datang dengan dengan geng geng dia. Dia lah paling bising, aku tak suka orang bising. Tapi aku diam je. Selalu dah nampak mamat ni datang awal. Tapi tengok cara, macam budak bermasalah. Hm, entah la. Dia duduk sebelah aku, aku pandang dia, dia pandang aku sambil tu dia tengah mengunyah chew gum. Dia pandang kat dada aku. Ish! Teruk betul perangai. Aku bangun lepas tu masuk sekolah. Aku dengar ketawa geng geng dia. Hanya mampu mengeluh. Aku lalu dekat kelas senior, sebab memang selalu pun lalu sini. Nampak seorang lelaki ni, tinggi, handsome. Sung Ha Jin. Dia pandang aku lepas tu jeling. Ergh! Benci orang sombong macam ni. Aku pun jeling la balik, tanpa tengok muka dia aku lalu je. Kelas aku depan kelas dia, dekat je. Aku masuk tapi takda orang. Aku bukak lampu dan kipas, terus duduk kat tempat aku. Aku pandang kiri, nampak ada parents hantar anak dia ke sekolah sambil pimpin anak dia. Aku taktahu kenapa tapi air mata aku mengalir. Aku lap air mata aku, dan aku terus baringkan kepala aku atas meja.

Hajin Pov

Macam biasa, pergi tandas la apa lagi. Keluar tandas, jalan sikit nampak pulak junior aku. Hyun Ha Na. Lawa budak ni, tinggi pun tinggi, kurus pun kurus, putih. Aku try jeling dia sebab selalu nya perempuan tergila gila kan aku, try test dia je. Tapi, dia jeling aku jugak. Tak pandang aku langsung, heh, jual mahal rupanya budak ni. Aku masuk kelas aku, nampak pulak dia bukak suiz lampu dengan kipas. Awal betul dia ni datang, aku datang awal sebab malas nak dengar mak aku bebel tu je. Aku ingat nak tegur dia, so aku bangun la bergerak ke kelas dia. Jalan punya jalan, aku dah ada dekat pintu kelas dia, tetiba aku nampak air mata turun dari mata dia. Aik? Pepagi dah emo...pelik betul aku. Tapi aku perasan dia tengok kat luar, apa pasai? Boy friend curang ka? Ke apa....adoi aku nak tau gak tapi aku mana kenal dia lagi, takkan terus nak tanya. Kang dibenci pulak aku ni ha. Tokleh tokleh. Lepas tu aku ingat dia nak pandang aku rupanya dia pergi baringkan kepala dia atas meja. Nasib tak nampak aku, kalau nampak mampos aku. Aku pun bla la dari kelas dia senyap senyap. Jalan nak ke kelas aku bunyi pulak loceng. Aku pusing belakang, nampak dia tengah terlena lagi. Tergerak hati nak kejut. Tapi bila aku nak pergi dekat dia, dia dah bangun. Aduh!! masalah. Aku pun bla jelah.

Hana Pov

Heh, loceng pulak bunyi. Aku bangun dan turun ke tapak perhimpunan. Aku beratur last sekali sebab tak suka depan. Cikgu punya la membebel banyak, lepas tu baru kasi kita orang duduk. Aku pun duduk lah. Lepas tu cikgu cakap la pasal datang lewat la, kelas kotor la apa la. Dah habis tu pengetua pulak. Haih, dengan speaking nya aduh barai. Mampu sabar je. Tetiba je dia pangil seorang mamat ni, sebab mamat ni bising masa dia tengah berucap. Rupanya....senior aku nampak tadi, eleh. Aku nak gelak tapi budak kelas aku banyak suka dia, kang aku kene bunuh lak. Taknak aku. So aku buat taktau jelah. Akhirnya perhimpunan dah habis. Masuk ke kelas. Belajar macam biasa.
Hajin Pov.

Haih bising betul lah budak budak BTS ni, acah je. Memekak sana sini, baling batu la apa la. Sempat lagi nyanyi lagu Taeyang. Ergh nak je aku hempuk budak budak ni. Dengan tak sengaja nya aku termarah dorang. Pengetua dengar lah pulak...aduh nak tak nak kena naik lah atas pentas. Aku pulak kena. Aku berdiri atas pentas, lepas tu aku nampak banyak perempuan lambai dekat aku. Heh, geli. Tapi aku nampak Hyun Ha Na. Junior aku tu, lawa bhaiii. Dia duduk dekat belakang, aik ingat kan budak macam dia banyak kawan....hm? Aku nampak budak perempuan depan dia semua pandang aku. Tapi dia, tangan dekat dagu mata ke kiri. Mengelamun. Aku pun sama, sampai tak dengar apa pengetua cakap. Lagi la kena bebel haih. Akhirnya habis pun perhimpunan. Isnin...benci betul sebab ada perhimpunan dengan pengetua acah ni ergh.

REHAT~

Hana Pov

Rehat, semua dah keluar kelas. Aku dalam kelas lagi. Aku padam papan putih, kemas kerusi semua baru aku keluar kelas. Aku pergi ke tingkat atas sekali, rooftop. Aku bukak pintu dan nampak ada kerusi dekat situ. Aku suka duduk sini, aman. Aku duduk dan bukak roti aku amik masa dekat rumah anak yatim tu. Aku makan jelah, perisa chocolate. Favourite aku. Sambil tu aku baca buku cerita Discovery Of Love tu, memang kemana aku pergi. Aku akan bawak buku ni. Sebab aku tak pernah jemu. Aku baca jelah sambil makan roti tu.

Hajin Pov

Aku dalam kelas, keluar paling lambat sebab kantin bukan sedap mana pun. Aku bangun nak keluar kelas, nampak junior aku tu tengah padam papan putih. Rajin betul budak ni. Lepas tu dia susun kerusi pulak, mak aiiiiii rajin bebenar nya ha. Aku sorok belakang pintu kelas aku sebab aku nampak dia nak keluar kelas, tapi! Dia tak pergi ke arah kantin pun. Kemana pulak budak ni pergi. Aku pun was was, ikut jelah dia dalam diam diam. Aku nampak dia pergi tingkat atas, rooftop. Aku ikut je, dia bukak pintu lepas tu duduk dekat kerusi atas rooftop tu. Pelik, sini selalu nya budak takda kawan je lepak. Dia ni lawa, takkan takda kawan. Memilih kot. Aku tengok je dia dari jauh. Makan roti, uuuu diet ke tu. Makan roti je. Tapi dia ada baca buku. Eleh dia ni memang rajin lah aku cakap. Tetiba loceng rehat dah habis bunyi, aku cabut lari dulu la. Sini dia sorang je lepak. Kang dia nampak aku kantoi lak aku tengok dia.

Hana Pov

Hm, rehat dah habis. Aku bangun dan keluar pergi ke tingakat kelas aku and masuk kelas. Macam biasa belajar lah semua. Subject math. Tak pernah jadi favourite aku, tapi aku kene belajar jugak sebab masuk exam. Kalau fail matilah aku kena buli lagi teruk nanti...tak sanggup.

HABIS SEKOLAH~

Hajin Pov

Yes!! habis pun, aku lah paling awal keluar kelas. Aku tunggu jap dekat corridor, nak tengok junior aku tu. Rupanya dia dah keluar awal dari aku. Mak aihhhhh, robot ke apa minah ni. Selalu nya budak macam tu last keluar, ni paling awal. Haha mampos, terkejut aku. Tapi nasib budak budak kelas dia yang tergila gila kan aku tu dah balik jugak. Kalau tak datang tanya khabar lah, pastu nak balik sesama lah. Aduh semak betul. Susah jadi handsome ni, hoho. Apa lagi aku turun bawah, pergi dekat guard tak nampak jugak si Hyun Ha Na tu, aku pun give up. Balik jelah terus.

Hana Pov

5 min lagi nak balik, hm aku keluar dulu lah. Aku keluar pergi ke kedai buku mintak duit tukar untuk rm10 ke rm5x2. Akak tu bagi, aku cakap terima kasih terus aku lari keluar sekolah. Aku jalan ke library berhampiran, situ tak ramai pergi sebab bagi pelajar sekolah situ mahal kena bayar rm5 nak masuk. Tapi aku rm1 je sebab dah biasa pergi situ. Aku study math dekat sini, sebab tadi aku tak faham apa apa dekat sekolah, kena ulang kaji lagi sekali lah. Aku study sampai lewat malam. Aku check jam dekat library tu dah pukul 9 malam. Aku kemas barang aku dan balik ke rumah anak yatim.

Hajin pov

Haih mak aku ni macam macam lah, nak pinjam buku masakan pulak. Aku yang kena pergi library untuk pinjam. Aku pergi jelah, duduk rumah pun bosan. Aku jalan kaki lah macam biasa. Budak lagi kan. Masuk je library tu nampak junior aku weh Hyun Ha Na tu!!! mampos aku, dah la rambut aku tak kemas, baju sakai, seluar sakai. Aduh malu macam ni. Aku tutup muka dengan buku mak aku, pastu cepat cepat keluar. Aku lari balik sebab takut dia nampak aku. Tapi dia tu, pelik nak mampos. Ingatkan balik rumah rupanya pergi library. Dia duduk mana eh? Mak ayah dia mesti pandai pandai. Anak dia pun macam apa dah tengok, ada bakat jadi doctor. Hm~ malam dah rupanya, agak nya dia dah balik belum. Ish! Buat apa aku kesah pasal dia hadoi. Tunggu esok jelah tengok dia hehe...rindu pulak tetiba.....


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Halloooo, im a kpop and jpop lover. My fav anime is Ouran while my bias are too many i cant list it for you. And i love to write a ff when im on mood :P enjoy
"Once they used to judge me because i look ugly and nobody want to date me, but when i grow up all of them go crazy about me, and now i called them ugly and i dont want to dated them"


Navigations!

Diary About Stuff Site


Let's Talk!





The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Hana

Best View at GOOGLE CHROME!