
|
Fate (2)
Thursday, October 23, 2014 @ 6:25 AM | 0 Comment [s]
Hana pov
Haih...bunyi apa ni bising
malam malam orang nak tidur. Aku bangun turun bawah nampak seorang
budak ni kena dera dengan pengasuh. Aku rasa geram, tapi aku tak
mampu nak buat apa apa. Kalau aku bertindak aku yang kena nanti, aku
tak sanggup. Aku tengok pengasuh tu tolak kepala budak tu. Aku rasa
nak nangis, aku bayangkan kalau tu adik aku. Macam mana aku nak
tolong dia? Aku tahan air mata aku, aku lari naik atas dan masuk
bilik aku. Aku duduk dekat tingkap, air mata aku mengalir. Aku takut,
takut duduk dekat rumah ni.....aku pejam mata dalam 5 minit. Bila aku
bukak aku nampak budak yang kena dera tu sebelah aku. Terkejut, dia
tetiba sebelah aku. “k-k-kenapa kau dekat sini?” aku cakap. Mata
dia merah, lepas tu air mata jatuh dari matanya “susah sangat ke
nak tolong adik?...suka ke tengok adik kena dera.....” dia cakap
dekat aku. Aku terdiam. Aku tak mampu nak cakap apa apa. Tetiba, dia
lap air mata dia dan senyum “takpa, jangan risau. Adik takkan kena
buli dah” dia cakap. Air mata aku turun secara tiba tiba. Bila aku
tarik tangan budak tu, dia hilang. Aku terkejut sangat, aku berdiri
aku tengok kiri kanan, penghilatan aku blur jadi aku nampak blur je
semua. Aku lap air mata aku, aku terus lari turun ke bawah aku nampak
budak tu dah terbaring atas lantai. Aku takut, tiba tiba ada seorang
tarik aku ke atas. Aku hanya mampu jerit tapi dia tutup mulut aku
dengan kain. Lama lama....aku pengsan secara tiba tiba.
Hajin Pov
Bangun pagi disebabkan mak
aku marah orang gaji, haih, dia ni sehari tak bebel tak boleh ke?
Bingit lah, aku bangun terus masuk bilik air. Aman sikit, aku mandi
dan terus bersiap sedia untuk ke sekolah. Aku turun bawah dan nampak
mak aku tengah hidang sarapan. Aku tengok mak aku, tapi aku jeling
dia sebab, dia mak tiri aku je. Depan aku lain, depan ayah aku lain.
Tak guna punya perempuan. Dia pangil aku “Hajin!! mari sini makan
bersama sama nak” aku pusing kebelakang pandang mak aku “kau
makan la sorang sorang” terus aku keluar rumah. Memang perbuatan
aku kurang ajar. Tapi disebabkan dia lah mak ayah aku bercerai. Dan
sekarang, aku tak tahu mak aku dekat mana. Aku geram dengan mak tiri
aku. Dia takda rasa serba salah ke? Haih. Aku jalan punya jalan ke
sekolah, aku takda la datang awal harini, tapi selalu nya junior aku
tu ada dekat guard. Kenapa hari ni takda? Pelik lah.... aku risau
jugak dia tak datang. Dah la semalam balik lambat.... ish rasa tak
sedap hati pulak. Aku masuk sekolah terus aku naik ke kelas aku. Aku
letak beg aku dan aku keluar kelas. Aku diri dekat coridor, tengok
kelas dia. Dia takda? Aik??? lagi lah aku pelik. Aku cadang pergi ke
kelas dia. Lepas tu aku masuk kelas dia, ramai budak perempuan tengok
aku. Ha nak tengok sangat muka aku, tengok lah. Aku datang sini nak
jumpa Hyun Ha Na je. Ada pulak seorang minah ni datang dekat aku
“oppa” ewww bitch whutttt. Oppa? Ergh “excuse me?” aku balas.
Aku jalan ke tepi dan pergi ke meja Hana. Aku tengok meja dia, takda
pun tanda tanda dia dah datang. Aku tanya la budak kelas dia “Hana
mana eh?” budak kelas dia tu pandang aku pelik lepas tu cakap “ew
kenapa mesti Hana? Bukan nya lawa pun” eh dia ni, aku sondol
karang. Aku tanya lain dijawabnya lain. “eh bodoh ke apa kau ni?
Aku tanya dia mana kan. Ada aku tanya dia lawa ke tak?” budak tu
bangun lepas tu pandang aku tak puas hati “mana lah aku tahu minah
tu dekat mana.” lepas tu dia keluar kelas. Dasar anjing, gedik nak
mampos. Masa dia jalan keluar tu aku buat la tangan nak tumbok dia
dari belakang tapi aku sabar lagi. Tiba tiba budak belakang aku cakap
“dia tak datang. Selalu nya dia lah first. Tapi hari ni takda pun”
aku angguk kepala dan cakap terima kasih. Aku keluar kelas dia masuk
kelas aku. Dan bunyi loceng.
Hana pov.
Argh...kepala aku
sakit.....aku dekat mana ni.....aku bukak mata aku dan aku nampak aku
dekat suatu bilik yang tak dikenali. Aku tengok badan aku, badan aku
di ikat. Kenapa ni? Kenapa aku kena ikat. Aku cuba sedaya upaya
supaya ikatan tu longgar. Aku pandang kiri dan kanan, takda objek
yang tajam boleh digunakan untuk bukak ikatan ni. Tiba tiba aku
nampak pintu tu bukak. Aku diam kan diri. Datang sorang lelaki ni,
dia senyum. Tapi aku tak suka, senyuman dia nampak jahat. Aku benci
lelaki macam ni. Aku tak mampu buat apa apa, aku hanya mampu
megeluarkan air mata sahaja. Dia datang dekat aku, “dik, tahu
kenapa kau dekat sini?” aku geleng kepala, sambil tu air mata aku
sedang mengalir. Dia usap kepala aku lepas tu lap air mata aku
“jangan lah nangis, alololo” aku takut sangat, aku tak mampu nak
buat apa apa. “abang culik adik ni, sebab adik nampak abang pukul
yuji” aku teringat pasal budak kecil tu, nama dia yuji. Aku pandang
lelaki tu “apa kau nak dari aku” lelaki tu gelak “hahahaha, aku
taknak apa apa pun. Cuma nak kau mati. Kau mati la kelaparan ye dalam
ni” dia bangun dan terus keluar. Masa dia keluar seluar dia ada
tersangkut dekat pintu besi tu, ada kunci jatuh. Aku buat buat tak
nampak. Dia tutup pintu tu, lepas tu dia manga. Dah 1 jam dia pergi.
Agak nya dia memang serious nak aku mati kelaparan. Aku cuba bukak
ikatan ni, aku gerak tangan aku banyak kali supaya tali ni longgar.
Akhirnya tali tangan kiri dapat di bukak. Aku guna tangan kiri aku
untuk bukak tali belah kanan. Aku bukak ikatan dekat kaki aku dengan
badan aku. Aku pergi dekat pintu tu, aku amik kunci tu lepas tu letak
dalam seluar aku. Aku tengok dekat pintu tu, takda orang. Rumah ni
macam takda siapa pun. Aku amik kunci tu, dan aku bukak pintu tu.
Dapat dibuka. Aku kunci balik pintu tu dan letak manga. Supaya dorang
ingat aku ada dalam tu. Aku keluar ikut pintu belakang, dan terus
lari ke jalan besar. Aku lari dan aku tak perasan ada kereta. Aku
pandang kereta tu dan, aku kena langgar.
Mak Hajin pov.
Haih, aku dah lambat ni
nak ke mesyuarat! Ish. Kena speed macam ni. Aku langgar banyak lampu
isyarat tapi aku tak kesah, nak saman, saman lah. Aku banyak duit
boleh bayar. Aku laju kan lagi kereta ni tiba tiba ada seorang budak
ni depan kereta. Tiba tiba je ada. Aku tak sempat break. Aku
terlanggar budak tu. Aku takut, aku keluar kereta aku nampak dia
berlumuran darah. Aku angkat dia bawak masuk kereta aku dan terus
pergi hospital. Aku call personal assisatant aku kata cancel meeting
hari ni ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan. Aku terus pecut
pergi ke hospital berdekatan. Aku bawak dia masuk ke hospital tu,
lepas tu doctor nurse semua bawak dia ke bilik pembedahan. Dalam 2
jam jugak tunggu dia siap pembedahan. Aku tunggu je, lepas tu doctor
keluar dari bilik pembedahan dan aku terus pergi dekat doctor tu.
“puan ibu kepada Hyun Ha Na ke?” aku buntu nak jawab apa. “ah
tak bukan, saya terlanggar dia jadi saya bawak dia ke mari” doctor
angguk kepala “disahkan bahawa Hyun Ha Na, didera dan banyak bekas
bekas lebam di badan nya.” ish...kesian budak ni. “habis doctor,
macam mana?” doctor bukak glove “yang saya tahu dia takda ibu
bapa. Jadi dia tinggal dirumah anak yatim. Saya rasa dia didera dekat
rumah anak yatim tu” aku angguk kepala. Doctor tu mintak diri. Aku
duduk dekat kerusi, aku tertanya tanya. Patut tak aku bawak dia
balik? Sebab Hyun Jin Li nak anak perempuan lagi sorang....budak nya
pun lawa. Hm boleh la, dari dibiar kan didera dekat rumah anak yatim
tu. Kalau Hajin tanya ni siapa, cakap jelah anak Puan Jinli. Esok
lagi aku lawat dia dan bawak dia balik.
Hajin Pov
AHHHHH Sekolah habis pun
aku pun apa lagi belah la lari ke rumah, bosan lah Hana takda. Ish
rindu nak jumpa, dia pulak takda. Aku balik je rumah, mak takda. Eh,
pergi mana lah dia ni...mengedik dengan laki lain lah tu. Aman jugak
dia takda, kalau lah Hana serumah dengan aku kan best. Yelah tak
payah lah isu adik beradik, macam mak dia pergi luar negara ke lepas
tu takda siapa nak jaga. Pastu dia duduk rumah ni haaa mesti syok.
Hari hari tengok dia, hehehe. Dah malam ni, mak tak balik lagi. Aduh
aku lapar, tapi orang gaji keluar pergi beli bahan masakan. OIIII
LAPAR OIIII. Sebaik sahaja aku turun tangga, mak aku dah balik. Aku
terus lari masuk bilik, malas nak pelawa dia. Kang perasan aku suka
dia eee. Aku check phone aku, banyak whatsapp dari number tak kenal,
gambar dorang semua edit. Muka putih bagai nak rak, mata besar lah,
dagu tajam tapi bila jumpa depan depan hitam, leaps tu mata tak besar
macam dalam gambar, dagu pun tak tajam. Ish bahaya betul social media
ni. Aku tutup phone aku terus aku tidur. Tapi aku terfikir gak, nak
check SNS hyun ha na. Aku tulis nama penuh dia. Ada pun SNS dia.
Profile pic dia so cute...
![]()
eh mesti dia ni minat
kucing kan. Hehe, nak add lah. Harap harap di approve nya haha.
Selamat malam, semoga mimpi Hyun Ha Na! Hahhaha merepek lah. Eh
sebelum offline kena la update status “what else I could say, you
are perfect inside and out. I want to know about you more HHN♥”
hehe agak agak orang tau tak siapa HHN? Haha lantak dorang lah heeee.
|
The Disclaimer "Once they used to judge me because i look ugly and nobody want to date me, but when i grow up all of them go crazy about me, and now i called them ugly and i dont want to dated them"
Navigations! Let's Talk!
The Credits! |